Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, February 10, 2009

Sifat kejam dalam diri seorang pemimpin?

Aktiviti harian (hampir) setiap malam, aku akan melepak di sebuah restoran mamak dengan seorang atau beberapa orang kawan aku. Dalam aktiviti melepak tersebut, pelbagai topik dibincangkan samada dari segi politik, peribadi etc.

So, malam tadi ada sedikit topik berkaitan politik yang kami borakkan. Antaranya berkaitan kepimpinan. Menurut seorang rakan aku, untuk menjadi seorang pemimpin, sedikit sifat kejam perlu ada dalam diri pemimpin tersebut. Prinsip seperti itu dibantah oleh aku.

Pada aku, seseorang pemimpin itu tidak semestinya bersikap kejam untuk menjadi seorang pemimpin. Aku berikan contoh yang pada aku amat bernas, iaitu melihat kepimpinan Nabi SAW. Nabi selaku seorang utusan ALLAH SWT, juga sebagai seorang pemimpin sebuah negara iaitu Madinah. Sepanjang Nabi SAW menjadi pemimpin, baginda tidak pernah berlaku kejam. Memang tidak dapat dinafikan lagi, Nabi SAW dilindungi oleh ALLAH SWT dan para Malaikat. Oleh itu, sifat kejam atau mazmumah memang tidak akan ada pada Nabi SAW.

Apa yang membuatkan aku tertarik adalah mengenai persepsi kawan aku itu iaitu, 'zaman Nabi SAW lain, zaman sekarang lain'.

Absolutely right, memang zaman Nabi dulu sangat berbeza dengan zaman sekarang. Tapi apa yang perlu diingat ialah, cara atau tauladan Nabi SAW itu adalah untuk umat baginda sampai akhir zaman (akhirat/kiamat). Nabi pon pernah bersabda sebelum baginda wafat yang bermaksud, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sebagai panduan kamu iaitu al-Quran al-Karim dan sunnahku." So, perbezaan itu hanyalah pada zaman tapi tidak pada asasnya.

Tak perlulah aku nak huraikan lebih lanjut lagi pendapat aku sebab walau apa pun yang akan aku suarakan nanti akan dibidas melalui logik akal.

Apa yang mengelirukan aku ialah, kawan aku tersebut menyatakan pemimpin yang kejam adalah pemimpin yang berjaya. Betul ke? Diberikan contoh seperti Hitler dan Saddam Hussin. Berjayakah mereka?
Entahlah, aku sendiri adalah seorang yang buta sejarah. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku bahawasanya, seseorang pemimpin itu tidak perlu menggunakan walau sedikit pun sifat kejam dalam kepimpinannya.

Renung-renungkan dan selamat beramal~


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: