Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, February 20, 2009

Santapan nurani - Jumaat ullul Ayyam

4 hari aku tak meng'update' blog aku berikutan kesibukan yang membanjiri kehidupan kerja aku minggu nih. Tak tao nak story apa untuk tatapan nurani kamu kamu.

Aku suka bercerita tentang agama, tapi kang bila aku cerita pasal agama kat sini, ada pula label aku sebagai seorang yang sangat taksub yang membolehkan diri aku tersesat/terpesong - orang kata lah..

walaubagaimanapun, aku tidaklah terlalu alim dalam soal agama, dan aku masih belajar. Tahap pengetahuan aku adalah sama seperti kamu kamu juga, tidak pula setaraf dengan mufti-mufti kebangsaan atau international.

Ok la, aku taknak bercerita tentang agama. Tapi ada lah sikit untuk tatapan nurani kamu kamu di hari Jumaat yang dimuliakan ini.


DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya
apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan
purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti
pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa
berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman
dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian
putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia
datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit
merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr . Johar terus hairan. Bangunan
pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet
train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak
dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di
mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak
yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan
bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya:
teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak
itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah
kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan
pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda
pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di
Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman.
Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30
kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar
tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di
seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya
membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu
minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ?
" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji.
Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai
alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan
tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,
kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu
?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr.
Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui
cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali
leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal
pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah!
Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang
kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang
besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam
belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang,
kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah
zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang
kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul
Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku
sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak
kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar
Kuala lumpur . Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana . Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya.
Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk
memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah?
Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia
mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak
Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak
boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan
pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari
jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada
seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa
Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di
hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan
kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat
hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar
mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di
mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi
jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah.
Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu
fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan
mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun
masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan.
Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua
itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk
lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan
daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "
Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu
adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran
dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir
Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's
Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di
sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem
pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak
macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi
tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan
Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman
jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil
mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar
pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan
berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang
menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal
dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.
Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata
pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu
berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan
seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana
masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan
wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain
?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr . Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan
lima ribu ringgit ... malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan
tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya." Susah kita
sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka
patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang
kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia
orang tak sudi pula terima sedekah kita.�
�Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan
lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita
korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan
daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita
tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit
untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.
Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"
ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah
sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan
kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan
luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan
di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk
bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera
ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan
berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu
hospital!�
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing
manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca
buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada
siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring.
Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana , tuan. Melalui butang pada sistem komputer di
sebelah sana , tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah
risau pasal bil. Percuma.�
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke
tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia
malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan
kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah
atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam
skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk
tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu.
aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya.
Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA,
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing.
Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit
ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot
sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya
dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar
lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian
baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di
tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke
kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar
kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya
bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh
kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah
dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku
dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir
teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya.
Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan
urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas
:" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar
seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban,
berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan
salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk
Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu
tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu
keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr.
Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu
demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi
matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH
JANJI ILAHI"


"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"
petikan email daripada: zarihan@fke.utm.my

0 ketidak-puasan-hati: