Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, January 3, 2009

Doakan mereka~

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni seluruh dunia digemparkan dengan berita serangan rejim zionis ke atas rakyat Palestin. Sedih betul bila tengok serangan sang yahudi ke atas saudara seagama kita.

Kalaulah aku jadi orang kuat PBB, dah lama aku kumpul askar-askar dari seluruh negara Islam untuk bersatu menyerang dan menghapuskan israel serta menyelamatkan saudara kita di Palestin yang tertindas sekian lama.

Tapi apakan daya, PBB tu sendiri dikuasai oleh mereka-mereka yang menyokong sang yahudi. Lebih-lebih lagi si amerika.

Semalam di UTM, selepas solat Jumaat, pengurusan masjid telah mengadakan solat hajat memohon kepada ALLAH SWT supaya saudara kita di Palestin dilindungi dan terselamat. Usaha pihak pengurusan dicalarkan dengan satu insiden demonstrasi daripada pihak-pihak tertentu. Sebelum azan zuhur, pihak masjid telah mengumumkan bahawa tiada sebarang perhimpunan dilakukan namun begitu, pihak-pihak terbabit meneruskan niat mereka.

Pada aku, dengan cara berhimpun/demonstrasi seperti itu takkan memberikan sebarang impak ke atas sang yahudi. Apa mereka kisah akan demonstrasi seperti itu. Apa kata, demonstrasi seperti itu dijadikan satu bentuk jihad (berperang)? pasti dengan himpunan seramai itu akan menggoyahkan israel yang hakikatnya hanyalah sebuah tamadun yang kecil di pinggir Palestin.

Aku bukanlah seorang ekstrimis/pejuang sebagaimana al-Maunah, Jemaah Islamiah atau al-Qaeda. Walaupun sebenarnya aku sendiri punya sedikit rasa takut, namun, seandainya khidmat aku benar-benar diperlukan, aku dengan ikhlas dan rela hati sanggup berjihad (berperang) bersama-sama mujahidin lain menentang keganasan israel yang tak henti-henti itu.

Kenapa warga dunia tidak melihat tindakan israel itu satu bentuk penindasan yang terang-terangan? Kenapa dulu, semasa peristiwa 11 september, si amerika lantas menghantar gerombolan askarnya ke Afghanistan untuk menyerang al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas?? tidakkah tindakan sama boleh dilakukan dengan menghantar gerombolan askarnya ke Pakistan demi menentang dan menghentikan keganasan israel yang terang-terang dan nyata adalah pengganas?

Tidakkah warga dunia dapat melihat hal ini? Setelah sekian lama, namun tiada pula pembelaan daripada si amerika yang datang membantu sepertimana mereka menetap di Afghanistan dan Iraq bertahun-tahun lamanya dengan alasan menentang keganasan?

Apa ini semua? Mana letaknya pemerhatian warga dunia? Mengapa Palestin dilayan seperti anak tiri? Mana fungsi PBB?

Entahlah. Walauapa pun, aku tetap berdoa semoga saudara Islam kita di Palestin dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH SWT.

Kepada rakyat Palestin, bersabarlah. Sesungguhnya, kehilangan saudara kamu dalam menegakkan agama, bangsa dan negara adalah sangat mulia di sisi ALLAH.

Terimalah Qada' dan Qadar ALLAH dengan rela dan tenang. Semoga kalian ditempatkan bersama para syuhadah. Amin.

"Ya ALLAH, wahai tuhan kami. Tuhan pentadbir sekalian makhluk. Segala Puji kepada-Mu pentadbir sekalian alam.

Bantulah kami, Ya ALLAH. Bantulah saudara-saudara kami yang ditindas oleh sang kafir laknatullah. Lindungi dan rahmatilah kami dan saudara kami daripada sebarang kejahatan makhluk dan syaitan yang dilaknat.

Ya ALLAH. Berikanlah kami dan saudara kami semangat untuk terus menegakkan syiar dan agama-Mu sehingga hari Kiamat. Rahmati dan redhailah perjuangan kami. Lindungilah agama Islam kami. Lindungi dan kuatkanlah iman kami, ya ALLAH, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan selain-Mu yang Maha Esa.

Perkenankanlah doa kami, ya ALLAH. Kepada-Mu kami sujud dan kepada-Mu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redhai. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat dan rahmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan yang sesat.

Perkenankanlah, Ya ALLAH. Amin, amin ya ALLAH. Amin ya rabbalAlamin. Perkenankanlah wahai Tuhan Pentadbir sekalian alam."


hafiz

0 ketidak-puasan-hati: