Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, November 17, 2007

Selesai sudah..

alhamdulillah, segala kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Esa...kerana atas limpah kurnia-Nya, aku berjaya membentangkan projek akhir aku dengan jayanya...
huh...setelah hampir 5 bulan aku dan kengkawan yang lain bergelumang dengan projek akhir ini...dan alhamdulillah, segalanya telah tamat...
pada Isnin lalu, (12 November 2007) jam 1010 pagi, aku telah memulakan pembentangan projek akhir aku iaitu Animasi Tauladan: Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama (buleh muatturun) dihadapan lebih 10 orang termasuk dua orang juri: Encik Mohd Faris dan Encik Mahezan serta seorang penyelaras projek: Pn Noor Afzan dan kengkawan yang lain dari kelas aku mahupun dari kelas Integrasi yang sudi hadir memberikan sokongan moral kepada aku...
hehe...
walaopon aku rasa amat gementar, tapi dengan berkat doa daripada IbuBapa aku serta kengkwan yang lain, aku berjaya membentangkannya dengan lancar sekali...Alhamdulillah...
aku agak berbangga dengan pembentangan projek serta demonstrasi projek yang aku tunjukkan kepada juri dan kengkawan yang berada di dalam Lab 8 pada hari tersebut...
selepas tamat sesi demonstrasi, sesi soal jawab dapat aku uruskan dengan baik...Alhamdulillah, semua soalan dapat aku jawabnya...

dan satu perkara lagi yang agak membanggakan aku ialah, salah seorang daripada juri (En Mahezan) ingin propose projek aku untuk bertanding di dalam pameran...tapi, itu hanyalah perancangan...
hanya Allah mampu mengatur segalanya...aku hanya berserah...kalao ada rezeki, dapatlah aku mempertandingkan projek akhir aku ini dalam pameran yang akan berlangsung pada hujung bulan ini...kalao tak silap aku laa..

dan oleh kerana pembentangan projek telah selesai, alhamdulillah...lapang semula kepala aku...kini aku hanya menumpukan kepada projek-projek modul yang lain serta musim peperiksaan yang akan menjelang awal Disember kelak...
huh...memang lapang...dan bukan aku sahaja yang gembira, malahan semua kengkawan yang sama-sama membentangkan projek sepanjang tiga hari (12,13 dan 14 November) lega kerana masa kritikal kami telah habis...

terima kasih kepada pengunjung blog ini yang telah membaca blog aku pada keluaran yang lalu dan telah sama-sama mendoakan aku...
aku amat menghargainya dan hanya Allah Taala jua yang dapat membalas jasa baik kalian...

theMysterious animation proudly present:
Animasi Tauladan: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

::mysterious::

0 ketidak-puasan-hati: