Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, September 23, 2007

Cara solat SEBENAR!

banyak kesamaran buat umat akhir zaman dalam melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT..namun, berkat kurniaan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, maka dapatlah kita panduan dalam mengerjakan amal ibadah..
contoh terbesar adalah ibadah solat...pelbagai kaedah dan fahaman serta amalan cara solat dalam melaksanakan rukun Islam yang ke-2 tersebut..apakah sebenarnya cara solat yang sebenar? terdapat beberapa pendapat ulamak dalam melaksanakan ibadah solat ini.. ada yang merujuk kepada cara solat Rasulullah SAW sendiri berdasarkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a.. aku sendiri agak kabur dengan cara solat yang sebenar..namun, berkat kecanggihan teknologi terkini, banyak artikel serta panduan cara solat sebenar (cara solat Rasulullah) dalam internet ini..
ada sahabat aku yang berpendapat, cara solat Rasulullah SAW adalah sunat..benarkah? bukankah apa yang dikerjakan oleh baginda SAW adalah yang sebenar-benarnya? maka kita sebagai umatnya wajib mengikut apa yang dilakukan oleh baginda SAW..bukankah solat itu merupakan perintah daripada ALLAH SWT kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada umat baginda akhir zaman ini?
pernah aku berbicara dengan teman serumah menyatakan pendirian aku dalam melaksanakan ibadah solat (walaupun aku seorang yang solat dalam rumah itu)...mereka tetap dengan pendirian yang mereka yakini dalam melaksanakan solat...perbicaraan aku dengan teman serumah hampir mencetuskan pergaduhan kerana beliau menegakkan keyakinan beliau begitu juga aku..namun, apa daya aku...sekadar mampu mendiamkan keyakinan aku...
Demi ALLAH! aku katakan pada saat ini, mereka (yang terlibat) hanyalah pandai berkata-kata namun tidak pula mampu melaksanakannya...(moga mereka berubah)..

pernah di suatu malam, selepas solat Isyak aku terfikir akan sesuatu...tentang bagaimanakah caranya aku melakukan amal ibadah yang sebenar kepada ALLAH SWT...seraya dengan itu juga aku berdoa (di dalam hati) supaya ALLAH SWT menunjukkan kepada aku cara solat yang sebenar...dan dengan izin-Nya, maka selang beberapa hari kemudian, aku terjumpa satu artikel dalam satu laman web islamiah yang menyatakan cara sebenar solat Rasulullah SAW (dalam bentuk video)..dari situ aku mula berfikir, mungkin ALLAH SWT telah memakbulkan doa aku...atau mungkin juga kebetulan...(WALLAHUALLAM, ALLAH Maha Mengetahui)...
so, di sini aku muatnaik video tersebut sebagai panduan yang ingin aku kongsikan untuk semua dalam memperbaiki amalan solat kita...mungkin nanti akan ada yang mengatakan aku membawa satu ajaran baru...(ALLAH Maha Mengetahui).. terpulanglah kepada mereka..namun niat aku satu supaya kita sama-sama mengamalkan amalan yang sebenarnya..sekiranya masih tidak berpuas hati dengan video yang aku muatnaik (masih tidak percaya), maka usah berpeluk tubuh...kajilah semampunya...dan aku telah mendapatkan beberapa panduan atau bukti yang menyokong apa yang aku amalkan daripada video tersebut...(ALLAH Maha Mengetahui)..

semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadah kita supaya kita sentiasa ingat kepada ALLAH SWT...moga nasib kita di sana (Padang Mahsyar) dipermudahkan urusannya...
INSYAALLAH...


Panduan Solat Nabi Muhammad SAW - akan datang!





::mysterious::
'kerna aku yakin'

0 ketidak-puasan-hati: