Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, May 14, 2010

Tips: Akaun Email

Dalam minggu lepas sehingga minggu ini, gua telah menerima 3 laporan (cewahh, dah macam balai polis) mengenai masalah kata laluan akaun email telah ditukar oleh seseorang/sesuatu .. dengan kata lain, akaun email tersebut telah digodam!

Di sini, gua ingin berkongsi beberapa tips dengan kamu kamu semua di luar sana yang jarang-jarang atau kadang-kadang je alert tentang perkara ini. Dengan bahasa mudah, memandang enteng jee ..

Okeh, tips adalah seperti berikut:

1. Apabila mendaftar/sign up sesuatu akaun email, sila nyatakan 'soalan'/question yang kamu sangat pasti dan sure serta menjadi feveret kamu untuk menjawabnya. Ini kerana, jika kamu sekadar meletak soalan dan jawapan sewenangnya, pasti kamu akan menyesal. Bilamana kamu cuba untuk recover/reset katalaluan kamu, soalan tersebut akan dipaparkan sebagai satu prosedur security validation. Tanpa jawapan yang betol, sistem tidak dapat me-reset katalaluan kamu.

2. Terdapat juga host email yang meletakkan pilihan supaya kamu menyatakan/memasukkan akaun email yang lain (alternate email) supaya apabila kamu memohon untuk reset katalaluan kepada sistem, sistem akan menghantar katalaluan yang baru tersebut ke peti masuk email yang kamu nyatakan/masukkan. Dengan mudah kamu terus masuk ke alamat email yang kamu nyatakan tersebut untuk mendapatkan katalaluan yang baru.


3. Pastikan kamu menggunakan katalaluan yang sentiasa dapat kamu ingat dan cuba gunakan katalaluan yang bercampur; aksara dan nombor. Contoh: buLaT_213141
kaedah ini lebih selamat dan menyukarkan mana-mana pihak untuk menterjemahkan katalaluan kamu.

4. Pastikan juga kamu sentiasa logout/sign out setiap kali kamu selesai menggunakan akaun email kamu. Dan pastikan juga kamu tidak 'mengesahkan' web browser untuk mengingati katalaluan kamu. Tips ini AMAT PENTING bagi kamu kamu yang berkongsi PC, tetapi juga tetap relevan jika kamu menggunakan PC sendiri.

5. Sentiasa waspada dengan laman web yang kamu layari. Pastikan juga kamu membaca setiap 'prompted messages' yang terpapar apabila melayari sesuatu laman web.


Gambar: Antara kategori/ruangan yang WAJIB diisi sebenarnya

Itu antaranya tips yang dapat gua kongsikan dengan kamu kerana ramai pengguna tidak waspada atau alert dengan persekitaran mereka lebih-lebih lagi dengan keselamatan alam maya mereka. Banyak lagi tips, tapi gua penat nak menaip. Kalau ada masa nanti gua kongsikan lagi.

Terima kasih kerana membaca.

1 ketidak-puasan-hati:

Sufy said...

gud info..thnx..:)