Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, May 17, 2010

Mungkin cukup setakat ini

Mungkin dah cukup. Penat dah kaklong. Letih, bosan .. terasa dah macam dungu dah ..

Eh, gua ada guna nombor Maxis la .. yee .. tujuannya? Ada la tujuan jahat yang gua rancangkan dari tahun lepas tapi kejahatan tuh takda pulak membawak kepada dosa besar apatah lagi memungkin kan gua dicampak ke neraka Jahannam .. nauzubillah ..

Rancangan jahat gua tuh, gua saje je cakap jahat, padahal tak jahat .. ada la agenda tertentu yang dah gua rancang .. yang pasti, apa yang gua rancangkan tak menjadi .. maksud gua, tak menjadi tapi hampir mencapai misi dan objektif .. tak termasuk visi lagi tuuu ..

Kredit gua sepanjang tahun lepas sehingga awal bulan 2 lalu mencecah hampir RM100 kerana gua tak pernah guna .. setiap kali tamat tempoh, gua akan top-up tapi tak gunakannya .. sampaikan Maxis pon dah jelak dengan perangai gua, teros update tarikh luput kredit gua sehingga September 2013 .. perggghhh .. perli gua ke apa?

Semasa kredit gua berada di kemuncak nilai (RM100), gua dah berniat nak habiskan kredit tersebut dengan menelefon pakcik-pakcik Arab dan makcik-makcik Arab yang membuat aduan kerosakan network dan gua juga berhasrat mencampakkan ke laut (kalau gua jumpa la) sekiranya kredit tersebut habis ..

Malangnya .. (malang???) ada sesuatu yang berlaku .. bila kredit gua habis, gua dengan seleranya terus top up balek .. haihhh .. dah klimaks dah kredit gua, gua buleh pulak tak sampai hati nak campakkk .. tapi, kali ini gua nekad .. gua nak habeskannya dan terus ke longkang gua tempatkannya .. dah tiada harapan lagi .. dah takda guna lagi gua nak laksanakan rancangan licik guaaa ...

Cukup setakat ini .. maksud gua, MUNGKIN CUKUP SETAKAT INI .. cukuplah gua nak mencelarukan jiwa dan raga gua yang sedia celaru nih ..

Okeh, cukup dulu ...

Babai!

0 ketidak-puasan-hati: