Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, March 7, 2010

Purdah: Tuntutan agama?

Masih ada masyarakat Islam yang keliru dengan isu purdah. Kononnya, purdah adalah untuk menutup aurat. hmm.. mari kita lihat pandangan gua:

oleh akusimisteri

Dalam Islam, wanita dan lelaki dibatasi oleh aurat yang dituntut untuk dijaga sebagaimana dalam al-Quran, menurut firman ALLAH SWT:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
(Al-A'raf: 26)

Sabda Rasulullah SAW:
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

Se-pengetahuan penulis dalam menuntut ilmu agama Islam, wanita tidak menutup muka dan tapak tangannya semasa solat. Maksudnya di sini, selain muka dan tapak tangan, anggota yang lain adalah WAJIB disembunyikan daripada pandangan umum.
Gambar hiasan: Wajah dan tapak tangan tidak termasuk dalam aurat wanita
Kalau ditanya kepada wanita yang berpurdah, apakah sebabnya beliau berpurdah dan jika dijawabnya dia menutup aurat, maka konsep aurat beliau itu agak tergelincir. Memang benar, berpurdah itu lebih baik. Tetapi, ia bukan-lah tuntutan dalam Islam. Tidak salah berpurdah, tetapi jika memberi alasan sebagai menutup aurat, maka ada sedikit kekeliruan di situ. Aurat wanita adalah selain muka dan tapak tangan.

Jika beliau berpurdah dengan alasan tidak mahu orang lain melihat wajahnya selain suami, ayahnya dan muhrimnya, maka itu adalah jawapan sebenarnya. Bukan-lah berpurdah itu kerana untuk menutup aurat. ALLAH berfirman di dalam al-Quran:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An-Nur: 31)

Berpurdah memang tidak salah, cuma haruslah tahu sebab berpurdah. Bukan-lah jawapannya kerana menutup aurat semata, kerana wajah dan tapak tangan wanita adalah dibenarkan dilihat umum cumanya pandangannya dan pandangan umum itu tidak boleh sehingga menaikkan syahwat.

ALLAH Maha Adil, Maha Bijaksana. Setiap yang diperintahkan-Nya ada hikmah dan JANGAN SESEKALI membantah! Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran, maka itulah yang WAJIB dilakukan dan jangan pula membantah/menyelar dengan alasan-alasan sendiri!

Wallahualam..

0 ketidak-puasan-hati: