Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 6, 2010

MLM itu bukan MALAM

Salam to all,

Dah lama gua tak membebel dalam blog nih. Pernah satu ketika gua cuba untuk menghentikan tabiat nakal gua berseloroh dalam blog dengan berhenti daripada berblogging tak tentu arah dengan pelbagai isu yang kadangkala tiada sebarang kaitan dengan gua. Pun begitu, gua berjaya menegah jari jemari gua dari terus mengetik papan kekunci daripada membebel di sini. Gua sedar, masih ada yang sudi menjengah blog gua untuk mengambil pedulik apa kisah terkini yang dapat gua suakan sebagai bahan bacaan.

Cukup untuk mukadimah!

Januari lalu, gua tak hingat tarikh sebenarnya, cuma gua ingat harinya ialah Rabu. Kita mulakan dari babak pertama kisahnya.

Dalam waktu tengahari (gua tak ingat masanya), sedang gua bertungkus lumus meronda sekitar Kolej 10 untuk menggantikan AP (access point) di sekitar kolej, gua menerima SMS daripada seorang kawan gua, Udi. Menurut kandungan SMS lebih kurang seperti berikut; 'Pis, mesti ko tak percaya, tadi aku sarap dgn Miss J'
Gua baca SMS tersebut, tetapi terasa malas nak membalas berikutan kerja-kerja perlu gua utamakan. *Miss J adalah bekas pensyarah Bahasa Inggeris gua dan rakan-rakan dalam semester 6 di PJB

Selesai kerja, gua pulang ke opis untuk melaksanakan kerja-kerja pengemaskinian laporan online. Tiba-tiba telefon berdering, dan panggilan itu adalah daripada Udi.
"Pis, pagi tadi aku jumpa Miss J. Dia nak jumpa ko petang nih, macamana?" gua agak teruja sebab bekas pensyarah yang dah hampir 2 tahun tak bertemu ingin berjumpa dengan gua. "Ok lah kot, ko ajak Ijad sekalilah". Gua mencadangkan kepada Udi sebab gua segan nak jumpa beliao sendirian.

Petangnya, seperti yang dijanjikan, gua telah bergerak ke Restoran Ayub di Taman Universiti, tempat yang disetkan sebagai tempat pertemuan. Gua tiba agak awal. Lepas solat, gua terus gerak. Bila call Udi, dia baru nak gerak keluar dari UTM, Ijad pula habis kerja pukul 5.30 dan dalam perjalanan. Gua melepak di restoran tersebut sambil menanti Udi.

Setibanya Udi, barulah gua jumpa Miss J yang sebenarnya dah lama sampai sebelum gua. Gua teruja. Kami berborak, macam-macam hal. Perihal kerja, kenangan dulu di PJB dan sebagainya. Penuh gelak ketawa tanpa sebarang SYAK WASANGKA. Ijad pon tiba, diteruskan cerita. Miss J tidak datang seorang, ditemani husband dan adiknya. Macam-macam cerita dan seloroh.

Sampai satu bahagian, bermula kisah yang gua nak ceritakan. Tiba-tiba terpacul dari mulut Miss J; *Dialog bukan sebenar tetapi menjurus kepada maksud yang sama

Miss J: Hafiz, you malam nih free tak?
Gua: Kenapa? (Gua perlu mendapatkan sebab sebelum menjawab)
Miss J: You free tak? Malam nih ikut I pegi jalan-jalan.
Gua: (Sambil tersengeh) Alamak, takboleh lah puan. Malam nih saya ada futsal.
Miss J: Alah, besok-besok je lah main futsal. Malam nih temankan I pegi jalan-jalan.
Gua: (Masih cuba menolak) Hmm.. tapi malam nih kitorang main kat tempat baru, ingat nak rasa macamana main kat tempat baru.


Miss J terus mengasak dan memujuk gua dengan pelbagai godaan ayat. Gua seperti tidak sampai hati nak mematahkan hati seorang 'lecturer' yang pernah mengajar gua. Miss J ada mengajak Udi sekali, tetapi Udi kena standby sampai malam. Gua terdiam sekejap untuk berpikir. Terus gua pandang Ijad dan berkata; "Kalau Ijad pergi, saya pergi". Tak pasal-pasal gua babitkan Ijad. Miss J pon pujuk Ijad. Dan seperti Ijad setuju walau dalam paksa, maka kami pon bersetuju. Malamnya lepas Maghrib, perjanjian dibuat. Gua akan tunggu Miss J jemput gua di belakang UTM (pintu belakang Taman Sri Pulai).

Lambat! Gua paling hangin kalau janji Melayu bertukar menjadi janji Ke***g. Serius! Gua SMS dgn Ijad perihal kes malam nih. Sebelum itu, setibanya gua di rumah lepas lepak kat Ayub, gua call Udi. Gua tanya, dia tau atau tak planning Miss J malam tuh. Udi kata dia tak tahu, dan gua menyuarakan syak wasangka gua. "Udi, aku rasa dia nih nak bawak aku buat bisnes la. Aku rasa macam MLM, sebab aku nampak diari laki dia atas meja tadi siap ada payslip dalam diari tuh". Gua mencetuskan was-was gua. Udi pon bingung. "Takpa, kita tengok je malam nih, tapi kalao MLM, sori lah" gua kata pada Udi.

Dah lambat sangat tunggu Miss J, gua mintak alamat Ijad sebab gua rasa baik gua park keta gua kat rumah Ijad. Gua terus ke rumah Ijad lepas Ijad call cara-cara nak sampai rumahnya. Ok, gua sampai ke rumah Ijad dan tak lama gua sampai, husband Miss J call Ijad mintak tunjuk arah. Tibalah sebuah Perodua Kenari putih di hadapan rumah Ijad. Seorang lelaki keluar, dan gua hampir cam itulah husband Miss J. Kami dijemput naik ke kereta. Perjalanan diteruskan. Pemandu Kenari berhenti seketika di stesyen minyak, dalam kereta gua berbisik dengan Ijad, "Jad, aku rasa nih macam ada bisnes lah jad. Aku rasa MLM nih" Ijad buat muka bingung dan resah sebab kalau sebut saja MLM, Ijad dan rakan-rakan serumah aku sewaktu belajar dulu ada pengalaman dengan UPTREND yang juga dibawa oleh seorang pensyarah.

Gambar hiasan: Rakan-rakan sekelas gua pernah terjebak dengan UPTREND

Perjalanan diteruskan. Gua nak pendekkan terus cerita nih pasal gua dah penat menaip.

Gua dan Ijad diberitahu kami akan ke Simpang Renggam. Ah, sudah. Jauh pulak. Gua dah macam gigil siket nih, agak-agak dibunuhnya gua dengan Ijad, takda sapa yang tahu. Takpa, gua rilek dan tenang. Apa nak jadi, jadilah. Dalam perjalanan, gua terima SMS daripada Udi; "Pis, kalau MLM dia mintak IC, ko jangan bagi. Ko keluar je bangunan dan bagitau aku, nnt aku pickup".

Gua balas SMS Udi. Kecurigaan gua ternyata hampir benar. Gua dibawa ke sebuah pusat di Simpang Renggam. Gua lihat banyak kenderaan beratur di luar premis. SAH! Gua dibawa naik ke tingkat satu bangunan dan gua dengar suasana bising dengan ramai orang berpakaian seragam yang sama. Gua jengah ke dalam, ramai orang! Gua dibawa masuk untuk duduk. Nasib gua tak berapa baik. Gua duduk barisan paling depan. Ijad dapat tempat kat belakang gua. Takpa, gua tekad je. Biar gua dengar apa diorang nak bebel tapi gua tetap dengan tekad hati gua.

Ini dia penangan seorang lagi pensyarah yang cuba memperdaya bekas anak muridnya! Gua tak sangka. Mungkin niatnya baik. Terus terang gua katakan, gua tak minat dengan kaedah mencari pendapatan melalui MLM. Macam-macam cerita gua dah dengar dan gua sendiri dah lihat rakan-rakan serumah gua dulu join UPTREND. MLM kali nih pulak adalah berkaitan Hai-O. Gua tau, lu orang mesti pernah dengar perihal nih kan? Sasaran mereka ialah kakitangan kerajaan. Dengan modal besar! Marketing Planning mereka pulak sangat canggih yang mampu mencairkan jiwa seseorang yang ghairah melihat kemewahan dunia, iaitu beberapa buah kereta elit seperti BMW, Estima dsb. Gua tak cair dengan semua tu, pada gua cukup gua hidup bersederhana dan bahagia. Tak perlu kemewahan sebegitu andai hidup dikelilingi hutang!

Gambar hiasan: Jeratan skim Hai-O yang tak jadi pada gua

Malam itu, gua sampai di rumah jam 2 pagi. Selesai 'ceramah' free tersebut, gua dibawa minum-minum sambil mereka cuba mencucuk gua dan Ijad tapi gua tak dapat berikan jawapan yang pasti malam tuh walhal gua memang taknak join pon. Gua berikan macam-macam alasan, sampaikan gua kata untuk jumpa pada keesokan harinya untuk berbincang. Malam itu gua tak dapat tidur padahal sepanjang 'ceramah' free tersebut gua sangat mengantuk giler. Tidur tak lena, gua cuba mencari alasan untuk menolak secara baik daripada menyertai skim mereka itu.

Keesokannya, wakil pensyarah gua call gua tetapkan tempat pertemuan. Gua pulak menetapkan masa, iaitu jam 1 tengahari SAHAJA! Gua tunggu di tempat yang dijanjikan sehingga jam 1.30 petang, tapi kelibat wakil tersebut tak muncul. Gua balik ke opis sambil ditemani Udi, dalam perjalanan gua terima panggilan. Gua katakan; "Sorilah kak. Saya tak dapat tunggu sebab pukul 2 saya kena standby meeting. Saya sebenarnya nak cakap berdepan lah kan sebab saya rasa tak elok cakap kat telefon, baik saya bertentang mata. Sebenarnya saya rasa saya belum bersedia nak buat benda nih..." gua terus menafikan pujukan dan rayuan wakil Miss J yang juga merupakan adiknya yang dah berpangkat CDM dalam skim tersebut. "Takpa, Hafiz standby kat mana? Akak boleh datang jumpa" Ah, sudah. Sampai nak kacau tempat kerja gua.

Tiba ketikanya, dia pun datang. Gua terpaksa 'lari' sekejap dari tugas untuk melayan 'tetamu tak diundang' nih. Gua terus denied semua kaedah pujukan wakil tersebut untuk memujuk gua menyertai skim tersebut. Gua terus denied, denied dan terus denied. Dia masih tak putus asa dengan mengeluarkan pelbagai 'fatwa'nya. Yang gua tak suka bila dia gunakan ALLAH untuk mencairkan gua. Yang gua tahu, rezeki datang dari ALLAH tapi dengan usaha kita sendiri. Takkan datang rezeki itu tanpa usaha. Adakah MLM nih suatu 'usaha' mencari rezeki? I don't think so.

Setengah jam pertemuan, henset gua berdering. Gua lihat nama senior gua, dalam hati gua berkata; "Barulah nak selamatkan aku.. lama aku tunggu" Gua terus berdalih memanggil senior gua sebagai 'bos' supaya orang itu tahu yang bos gua panggil gua. Gua katakan padanya; "Kak, saya terpaksa pergi. Bos saya dah panggil. Sorilah kak, saya tak dapat join. Susahkan akak je datang sini" "Tahniah, Fiz. Tahniah.. blah.. blah.. " gua tak berapa amik port apa yang 'tahniah' tuh. Gua yakin mesti dalam hatinya kecewa. Haha.. padan muka!

Gambar hiasan: Kecewa sudah

Itu dia cerita di sebalik kisah gua dengan MLM.

Gua tak percaya kita boleh senang dengan mudah dengan sedikit 'usaha' tetapi besar modal. Usahanya hanyalah, mencari EMPAT orang supaya join skim nih dan begitulah seterusnya dengan setiap orang yang join. Apa nak jadi?

Rezeki takkan datang sendiri tanpa usaha. Memang betul, 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Tapi fikir-fikirkanlah. Mintak mahap pada sesapa yang membaca ini merupakan 'ahli MLM'.. gua tak berniat menyinggung sesapa, cuma cuba cerita pengalaman gua.

Terima kasih kerana membaca..

© akusimisteri.blogspot.com

0 ketidak-puasan-hati: