Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, February 12, 2010

Gua bukan PERFECT!

Salam to all,

Gua nak story sket tentang apa gua rasa hari ni. Jumaat, hari ini hari Jumaat. Memandangkan hari Jumaat, maka gua yang dilahirkan sebagai LELAKI beragama ISLAM, diwajibkan untuk solat Jumaat. Jadi, gua pergi solat Jumaat.

Hari ni gua solat Jumaat kat tempat gua, bukan kat masjid UTM pasal gua kena balek untuk amek henset gua yang ketinggalan. Maklumlah, 'kuli' penting, nanti boss cari susah pulak.. hehe.. Jadi, gua balek rumah untuk amek henset gua dan sekali berjemaah Jumaat kat tempat gua.

Gua bukan nak cerita pasal henset gua yang ketinggalan, gua nak cerita pasal jemaah Jumaat.

Sepertimana yang kamu kamu semua sedia maklom, antara rukun solat Jumaat ialah khutbah. Kan.. kan..
Dari zaman gua budak² hingusan lagi, gua dah diajar pergi solat Jumaat dan selalunya gua akan sampai awal iaitu sebelum khatib naik mimbar lagi. Jadi, segala 'upacara' sebelum khutbah gua dah biasa dengar/tahu. Antaranya, selepas azan kedua, bilal akan berpaling kepada jemaah dan mengucapkan sebuah 'hadis' yang didakwa diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (kalau tak silap gua) daripada Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa berkata-kata tatkala khatib sedang membaca khutbah, nescaya luputlah pahala Jumaatnya."

Bila gua dah besar panjang, dah berakal sket, dah reti tentang teknologi terkini, gua pernah mengikuti satu kuliah online yang disampaikan oleh seorang 'ustaz' berpendidikan Ph.D dari universiti Jordan (kalao tak silap gua) yang boleh dipercayai dan gua yakin dengan beliao. Menurut ustaz tersebut, hadis yang dibaca pak bilal itu adalah dhaif iaitu lemah/palsu. Sedikit sebanyak kenyataan ustaz tersebut memberi impak kepada gua dengan penerangan yang diberikan beliao. Betul jugak. Lagi pulak, pak bilal itu sudah tua (gua bukan mengeji), dan gua rasa pak bilal dilantik dari kalangan masyarakat setempat dan mungkin 'tiada' pendidikan agama secara menyeluruh. Maksud gua, mungkin pak bilal belajar agama secara asasnya iaitu Fardhu Ain dan Kifayah tetapi kurang tentang fiqh, hadis dsb.

Dah menjadi satu amalan pulak gua tengok. Percayalah pada gua, bila jawatan bilal itu diambil alih oleh orang lain yang sama level dgn pak bilal yang lama, 'hadis' tersebut akan jadi satu amalan turun temurun.

Selain itu, yang gua perhatikan tentang pak imam pulak. Maksud gua bukan semua imam. Nih gua nak huraikan tentang pak imam yang mengimamkan jemaah tadi. Bacaan al-Fatihah sungguh lambat. Memang betul, Nabi SAW mengajarkan kita dalam solat, kita kena membaca Fatihah dan surah-surah al-Quran dengan sebaiknya. Tapi, se-pemerhatian gua, gua dengar pak imam baca al-Fatihah sungguh lambat dan gua rasa 'panjang-pendek' harakatnya tak mengikut piawaian. Asal boleh je! Kononnya nak suruh jemaah dengar bacaannya, kononnya sungguh khusyuk membacanya. Gua selalu gak buat kajian bacaan² solat dari imam² masjidil haram dan melalui pemerhatian gua, gua dapati bacaan mereka sungguh lunak, merdu dan TIDAK SELAMBAT bacaan imam tadi, bahkan imam tersebut membaca al-Fatihah dan surah lainnya sehingga menitiskan air mata. Bayangkan, dalam keadaan tersebut bukan saja gua, malah gua yakin hampir semua jemaah hilang khusyuk dalam solat mendengarkan bacaan yang seperlahan yang dibawakan imam tersebut.


Sheikh Misyari Rasyid Al Afasy mengimamkan solat jemaah

Gua lebih percayakan imam di Mekah. Entahlah.

Gua bukan nak kata gua nih alim, baik, sempurna atau seumpamanya. Cumanya gua rasa macam gua dalam dunia gua sendiri bila gua tak lakukan perkara yang dilakukan orang lain yang sememangnya gua tahu perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Contohnya doa antara dua khutbah. Gua pernah sebutkan perkara tersebut dalam blog ini tak lama dahulu; Pada zaman kerajaan Bani Umayyah, seorang khatib menadah tangan ketika berdoa dan seorang sahabat mengatakan; "Allah menghuduhkan kedua-dua tangan itu. Ia tidak diangkat pada zaman Rasul" (rujuk di sini)

Gua jadik 'kera sumbang' sebab gua rasa gua sorang yang tak menadah tangan dalam doa khutbah tersebut. Tapi, gua pedulik apa, selagi gua tau apa yang gua buat itu benar.

Apa pun, gua ulang sekali lagi, gua bukannya PERFECT. Cuma gua meluah apa yang gua tak sampai hati nak sampaikan kepada semua orang. Selemah-lemah iman itu adalah menegah dengan hati. Mungkin itu level iman gua. Wallahualam.


Hiasan: Solat berjemaah SANGAT dituntut dalam Islam, pahalanya berkali ganda dari solat sendirian


Sheikh Misyari Rasyid Al Afasy - khusyuk dan tawadduk

0 ketidak-puasan-hati: