Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Tuesday, October 27, 2009

Poligami

“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu
cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu
memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada
perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. [surah an-nisa':129]
Hari ini topik pagi Hotfm berkaitan tentang poligami. Gua tak berapa ideal sangat apa topik sebenarnya, cuma lebih kurang cenggini: Si suami nak kenakan isterinya dengan 'panggilan hangit' iaitu mengacau dengan topik si suami ingin beristeri seorang lagi. Panggilan hangit ini yang bertujuan untuk bergurau akhirnya menjadi kenyataan.

Lebih kurang gitu lah dia punya mukadimah.

Jadi, ada sekor member gua nih, membukak topik di atas di Facebook beliao dan 'mengarahkan' gua dan rakan-rakan taulan beliao yang lain untuk memberi pendapat. Macam-macam isi pendapat dilontarkan. Lelaki, pompuan.. suma 'galak' memberi pendapat, dari yang setuju, tak setuju dan ada jugak atas pagar.. macam gua.

Firman ALLAH SWT:
(ertinya);
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau tawanan/tahanan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta'ulu. [surah an nisa':3]


Kebanyakan perempuan/wanita/isteri, menentang sehabis-habisnya si suami untuk berpoligami (bukan origami ye adik-adik!). Pelbagai tohmahan, antaranya, si suami gatal, miang, nafsu serakah, tak adil, dan sebagainya. Dan sering juga kita mendengarkan petikan yang keluar dari mulut isteri seumpama: "Kahwin nak ikut sunnah Nabi, tapi sembahyang tak ikut pulak". Ada jugak yang sanggup menubuhkan 'kelab wanita' semata-mata nak mempertahankan hak wanita seperti tidak boleh dimadukan atau suami tidak boleh berkahwin lain.

Tahukah kamo semua, penentangan seperti itu seolah-olah menentang keizinan yang diberikan oleh ALLAH kepada kaum lelaki?

Memang betul, banyak faktor bagi seseorang lelaki sebelum boleh berpoligami dan antara yang selalu dibangkitkan oleh para wanita/isteri ialah tentang berlaku adil!

Antara spesifikasi adil
a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
b) Adil terhadap para isteri.
Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
iii) Adil dalam giliran.
Firman Allah SWT: (ertinya)
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah ar-Ruum ayat 21]
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
d) Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak
e) Berkuasa menanggung nafkah.
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.

iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.

iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi
tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.


Kesimpulannya, seorang lelaki adalah dibenarkan/diizinkan untuk melakukan poligami TETAPI tertakluk oleh beberapa syarat yang perlu dipenuhi dan di antaranya adalah berlaku adil. Semuanya termaktub dalam kitab al-Quran. Sebab itu Nabi SAW telah bersabda, yang bermaksud: "Aku tinggalkan dua perkara kepada kamu; al-Quran dan Sunnahku" . Dan kita sememangnya dituntut untuk mengikut saranan Nabi SAW sebagai panduan hidup kerana al-Quran yang diturunkan sememangnya sebagai panduan hidup umat manusia.

Wallahualam.


2 ketidak-puasan-hati:

M!zZ Qh!EeK@n said...

poligami...

entahlah aku tak minat..
aku membantah keras lelaki yg berpoligami ni..huhuhu

penulis.tidak.bernama said...

apsal membantah plak? asalkan beliao adil, mampu dan menurut syarat2 yang ditetapkan.. biarkan je la.. apsal nak membantah plak.. kena ikhlas tau.. antara sebab wanita masuk syurga adalah sebab ketaatannya kepada suami selain kepada ALLAH dan ibu bapa~