Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Sunday, July 12, 2009

Selepas 1 tahun setengah

Pejam celik.. pejam celik.. takkan pejam je, takmo celik ke?? aduss.. pejam celik.. pejam celik lagi, dah dekat dua taon gua tamatkan zaman muda-mudi gua selaku student.. kejap je.. eh, lama gak kot.. gege..

Selepas menempoh ranjao berduri yang padahal takda pon duri.. paku jaoh sekali.. huish.. gua saja nak bunga-bungakan ayat gua.. baru enak mata membaca..

Sambung balek..


Selepas menempoh ranjao berduri bergelar 'pelajar' pengajian tinggi, gua berjaya tamatkan pengajian gua dengan buleh dikatakan berjaya gak la.. pointer pon buleh tahan.. menepati sasaran gua.. dan dalam tempoh selepas tamat belajar, gua pada arini adalah hasil daripada apa yang gua tempohi sepanjang tiga taon bergelar 'pelajar pengajian tinggi'.. gua cukup bersyukur walaopon kadang-kadang gua rasa, apa yang gua kecapi pada hari nih tak memadai sebagaimana kelayakan yang gua ada.. tapi, still ALHAMDULILLAH.. syukur banyak-banyak.. gua pon enjoy dengan keja gua sekarang..


Selepas tempoh tamat belajar nih, gua terpikir untuk gua teroskan perjuangan gua menjadik 'pelajar pengajian tinggi' semula.. gua terpikir untuk buat degree plak.. tapi, dengan kerjaya gua sekarang gua rasa sukar untuk gua luangkan masa menjadi pelajar sepenoh masa.. kalao menjadi pelajar part-time plak, gua rasa komitmen gua belom cukup tersedia.. cita-cita tinggi, tapi usaha takda.. itulah gua.. penoh dengan angan-angan macam encik Jenin..


Apa pon, gua cuba berusaha untuk buat degree dalam masa terdekat.. gua kena capai sasaran gua iaitu menjadi Pegawai Teknologi Maklumat sebelom umor gua 30 taon.. setakat nih, sasaran jangka masa pendek gua hampir tercapai.. bergantung keadaan.. gua cuba capai sasaran untuk pegang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dalam masa 5 taon nih..


Lepas buat degree, gua rasa gua nak cuba nasib buat master plak.. gua tengok bos-bos kat tempat gua sambung buat master macam best je.. tak kesahlah lepas buat master dapat naek pangkat ke tidak.. sekurang-kurangnya ilmu tuh penoh di dada.. ye tak.. percaya atau tidak, kat tempat gua, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sedang buat PhD.. tak jeles ke.. Pegawai Teknologi Maklumat paling karat pon cuma ada degree.. isk.. kalao gua, tergugat beb..


Jadi, gua harap apa yang gua rancangkan bakal menjadi kenyataan.. doakan impian gua.. dan moga gua sempat abes degree sebelom kawen.. heh, itu impian gak tuh.. nak kawen.. muahaha..

0 ketidak-puasan-hati: