Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, May 15, 2009

Sampai

Lu orang penah tak terpikir dalam hidop lu orang, lu orang akan berubah kepada sesuatu yang baik? Contohnya macam sekaranglah, lu orang sangat suka mencarot, menekel awek sana sini, berlumba haram dan macam macam kegiatan tak bermoral yang selalu lu orang bikin. Tapi pernah tak lu orang pikir lu orang nak berubah?

Contohnya, lu orang mula berjinak jinak dengan jubah, baca Quran, solat, pegi solat terawikh dan pelbagai perkara baik yang lain?


Ya, gua la antara yang selalu berpikir untuk berpaling ke arah kebaikan. Gua rasa, kalao gua bikin jahat atas dunia nih, konpem gua akan masok neraka. Oleh itu, gua mengambil inisiatif untuk cuba berubah ke arah kebaikan. Gua mula pakai jubah, celak, minyak minyak attar, solat, baca Quran, bayar zakat - alamak! itu WAJIB! dan sebagainya.

Tapi, itu beberapa tahun yang lepas. Gua begitu taksub dengan perkara yang baik tersebut hinggakan gua pernah terpikir nak jadi Tabligh. Satu sebabnya ialah sebab gua agak terpengaruh dengan seorang member gua. Tapi pada hari ini, nasib baik gua tak jadi tabligh. Sebabnya, lu orang sedar tak apa maksud tabligh? Tabligh tuh ertinya 'sampai/dakwah'. So, gua nih jenis yang tak pandai menyampai/dakwah. Kang lain yang gua cuba explain, laen plak yg orang paham. Dah terpesong akidah makcik makcik serta pakcik pakcik. Nanti gua kena tangkap Majlis Agama Islam macamana? Lepas tuh kena hukum SULA plak. Adui..saket!

So, sekarang nih, gua sedang cuba berubah ke arah kebaikan dengan cara gua sendiri. Walaupun gua tak berjubah, berserban, bercelak mahupun berwangian dengan minyak attar, tapi gua sedang cuba nak masuk syurga. Moga gua dapat masuk ke sana dengan mudah, tenang dan happy sambil tak sabar nak jumpa bidadari yang dikhabarkan lebih cantik daripada mana mana Miss Universe atau Miss World!

Sekadar hiasan: gua hampir berwajah/berperwatakan seperti beliao di atas - berjanggut, berserban, jubah, minyak attar

Gua rasa, tak perlu lah gua nak ingatkan lu orang. Tapi kena gaklah.


DUNIA NAK KIAMAT! baek lu orang bertaobat.


Ok la..gua nak pegi racing kejap!



ayat|tambah: bilal tadi laung azan buat gua nak terlena. Pikiran gua dah melayang entah ke mana mana, bilal tak abes abes lagi laung azan...hadusss...naseb tak tidow

0 ketidak-puasan-hati: