Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, April 18, 2009

Zaman dulu dulu 2 - Cita cita saya

Emm...masa kecik kecik dulu zaman sekolah rendah, selalu kita disoal oleh cikgu cikgi tentang soalan soalan cepu cemas yang mana jawapan kita itu akan dimasukkan ke dalam biodata kita dalam fail pelajar.

Soalannya, "Apa cita cita kamu?"

So, apa jawapan kamu di ketika itu? Antara jawapan kamu mesti:
1. Doktor
2. Peguam
3. Polis
4. Jurutera
5. Askar/Tentera
6. Dan lain lain pekerjaan yang sungguh awesome

Kamu tahu ke setiap jenis pekerjaan yang kamu sebut itu? - maksud di sini ialah ketika kamu kecik kecik dulu..

Doktor - mesti kamu sangat suka kerana pada pendapat kamu doktor itu sangat pandai. Dan bila ditanya kenapa memilih doktor? jawapan kamu mestinya nak membantu orang lain. So, apa jadi pada kamu sekarang? Seorang doktor yang membantu orang lain? Atau kamu sendiri adalah doktor pada diri sendiri? Heh...

Peguam - ini pun salah satu pekerjaan yang popular masa kecik kecik dulu. Hoh, aku pon tak tau kenapa pekerjaan seperti ini yang menjadi pilihan. Lihat saja peguam pada hari ini - cth: Karpal Singh yang karam...sorry sir!

Polis - pon pekerjaan yang popular gak. Alasan memilih pekerjaan ini ialah 'nak tangkap orang jahat'. Apa jadi pada kamu? Sangat baik? Ke kamu yang ditangkap oleh encik polis? heh...

Jurutera - hoh..pekerjaan yang antara kamu kamu suka masa kecik kecik dulu. Padahal, kamu tak tau pun jurutera itu apa kan? Entah entah, bila kamu dah besar nih, kamu masih konpius akan tugas tugas seorang jurutera - tugas mereka bukan merawat orang/menangkap penjahat yer...

Askar/Tentera - sama je alasannya dgn cita cita sebagai polis. Entah, kenapa kamu nak jadi askar agaknya...?

Dan macam macam lagi jenis cita cita yang kamu sebutkan. Tapi, tak pula ada antara kamu yang bercita cita menjadi seorang juruteknik komputer, site supervisor dan sebagainya sebagaimana diri kamu hari ini. Heh, lagi teruk, takda pula kamu bercita menjadi seorang penjahat, mat rempit dan sebagainya sebagaimana kamu jadi sekarang..kenapa yer...

heh...itu lah antara kenangan masa kecik kecik dulu..kalau dikenang balik boleh mengguling guling bergelak...


Chill...


notakaki: cita cita saya untuk jadi seorang otromen masih terpendam dalam hati saya..terima kasih


FAKTA: aku selalu letak nak jadi Polis..tapi lihat lah aku sekarang...hanya adik aku berjaya menyambung legasi ayah aku...takpa, tunggu lagi 3-4 taon lepas aku grade degree, aku akan jadi PI (Pelatih Inspektor)..doakan ye...AMIINNN..



0 ketidak-puasan-hati: