Gempak tak tajuk posting kali nih? Ya, pertama dan MUNGKIN yang terakhir..
Ya, yang pertama...pertama kali gua main FUTSAL!!!! siot, hancur betol! Atas desakan dan paksaan tak berperasaan oleh kawan kawan sekerja, terpaksa gua memenatkan diri berlari macam orang gila kejar sebijik bola. Hampeh betol.
Dan kerana itu juga, MUNGKIN menjadi yang terakhir bagi gua... hahaa...
Bak kata bos gua, "Hah, masuklah. Ko belum cemar duli lagi," So, nak mencemar duli punya pasal, terpaksa gua masuk gak memenatkan diri gua. Dengan posisi pertama sekali sebagai Goal Keeper...haha...entah apa apa..
Lama gak jadi Goal Keeper sampai bolos 3 gol. Hampeh betol!
Lastly, sebelum tamat, gua jadi midfield plak..hahaha...entah apa apa...yang penting gua dah mencemar duli sebagai orang baru...haha...
notakaki: sakit sakit gak kaki gua berlari lari...dah lama tak main bola!
FAKTA: kali terakhir gua main bola pada tahun 2003!!!
0 ketidak-puasan-hati:
Post a Comment