Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, March 5, 2009

Tiba-tiba...

Walau sekeras mana aku bekerja, keras lagi tar yang diturap di sepanjang jalan sekitar tempat aku bekerja ini.

Dah dua hari! yeah, dua hari line internet yang sungguh awesome dan laju yang aku gunakan selama beberapa minggu yang lepas diputuskan oleh makhluk yang tak boleh aku nak selitkan di sini. Dan dengan perbuatan mereka mereka yang berhati longkang tersebut telah menyebabkan kehidupan aku di opis dilanda kesuraman di mana tiada lagi movie movie awesome dapat aku download.

Tiba-tiba dengan tidak semena mena line diputuskan. Alasannya, F.O.C! Lantaklah F.O.C ke hapa ke, bagi sudah. Nih dah bagi boleh pulak ditarik balik. Ewah, mcm order maki hamum daripada aku jer. Dan dengan itu, terpaksalah aku kembali menggunakan line yang silam dan purba yang memberikan perkhidmatannya yang sangatlah lambat (siput buleh gerak 2mm tau - lebih laju daripada line tersebut.)

So, harap kamu kamu tidak berharap aku akan sentiasa mengupdate blog aku kerana baran aku terhadap kelajuan internet purba ini sangatlah tinggi. Nak bukak friendster pon payah. So, kepada awek awek yang menunggu approval daripada aku untuk kamu kamu menjadi antara gundik gundik maya aku, harap bersabar dan kesabaran itu merupakan sebahagian daripada keimanan! (bukan separuh yer - harap betulkan mentaliti anda).

ok lah, gua nak chow. Di waktu petang ini sungguh awesome kalau tido sehingga habes waktu kerja lebih lebih lagi setelah makan dengan kenyangnya di Mak Jah Corner sehingga kantoi dengan Pengarah. Hahahahaha...


pengkaki: encik Bob, harap bersabar dengan perilaku encik guard dan puan warden yer...


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: