Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, March 26, 2009

3 - 2 - 1 - 4 - 5

Gua dah tak tau nak posting apa. Pagi tadi, ketika sedang melahu sementara menunggu untuk memonteng kerja keluar sarapan gua telah memeriksa antaramuka Friendster gua untuk mengusha andai ada awek2 yang awesome menengok page gua - skali gua check, suma muka yang sama.

Pastu, gua terpandang satu entry bulletin yang gua rasa memang malas nak baca, tapi memandangkan gua tengah bosan, gua bukaklah bulletin tersebut yang diposting oleh encik aL-bAmAnDHiJ (bukan nama sebenar). Isi kandungan bulletin yang dipost beliau adalah seperti berikut:

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikutkeutamaananda.
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fiki r...
OK , dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
Lu orang baca dan pikir sendiri sudah. Gua memang takda masa nak kaitkan hidup gua dengan cerita di atas. Tapi, gua buat gaklah sebagaimana yang diarahkan dan jawapan gua adalah:
3 - 2- 1 - 4 - 5.

Sebab musabab gua bagi jawapan di atas adalah kerana:
3. Bayi menangis - takkan nak biar je bayi menangis. Agak2 kalau tengah menderita kesakitan ke, tak ke naya. Baik gua layan bayi menangis dulu.

2. Air paip melimpah - mestilah gua kena tutup paip air tuh setelah gua sangat yakin bayi tadi dah tak menangis. Kang biar lama lama kang, bil air bertambah plak. Sapa nak bayar? Bayi tadi ke? Tak pun lu orang je la tolong bayarkan.

1. Air mendidih kat dapur - ala air mendidih kejap takpa la. Kasi bayi tak menangis pastuh tutup paip air, baru setelkan air yang mendidih tuh.

4. Telefon berbunyi - baik gua jawab terus panggilan misteri tuh. Manalah tau kalau kalau ada kecemasan ke kan? Entah entah ketua kampung jiran gua sakit ke, hapa ke kan? Setakat ada orang datang ketuk pintu, diorang kena tunggulah.

5. Ada orang ketuk pintu - ni la perkara terakhir gua akan buat iaitu melayan makhluk yang mengetuk pintu. Takkan diorang tak boleh dengar bayi menangis kan? mestilah gua kena setelkan bayi dulu. Pastu dalam masa yang sama gua mestilah menjerit suruh orang tuh tunggu dulu sambil berbual di telefon.

So, itulah jawapan gua. Lu orang pikir sendiri sudah. Tak payah nak missed call gua, hantar email ke hapa ke. Gua takkan layan punya. Lu orang pikir je la sendiri.


Ok, chill


credit: al-bamandhij (bukan nama sebenar)


pengkaki: gua rasa, tindakan gua sangat betul mengikut turutan di atas dan janganlah lu orang persoalkan kredibiliti gua tersebut.


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: