Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 7, 2009

Luahan hati kamu kamu...silakan~

time kita susah dia tlg....time kta senang dia bahan kta....
napa ek ada kwn yg suka prasangka kat kita bila kita tny leklok dia jwb mcm celaka....tapi bila ckp dia yg bkan2 nak marah....
kta kdg2 terasa diri kita ni baek tapi owg lain akan sangka lain...korang ada tak kisah psl kwn2 baek korang atau pun nak komen pasal citer sedih aku ni k....




Yeah, terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Ayat sinis di atas dipetik dari Group SMK Sri Rahmat di Friendster oleh seorang ahlinya.

Hari ini aku kerja untuk memasang beberapa buah switch di sebuah kolej. Sementara menunggu kehadiran bos dan senior2 technician aku, aku menelaah ke dalam Friendster dan terjumpa luahan hati seseorang sebagaimana yang dapat kamu kamu baca di atas.

Ngeh...ayat beliao itu sungguh makan dalam (menusuk QOLBU) aku...secara jujurnya, aku amat terasa dengan ayat sinis tersebut atau lebih mudah difahamkan sebagai sindiran. Oh dunia...kebelakangan ini aku menjadi subjek luahan hati oleh beberapa orang teman. Begini rupanya gambaran sikap aku di mata mereka.

Bagus juga kehadiran laman2 yang boleh memuatkan isi hati/luahan seseorang. Dengan cara ini, lebih berkesan mungkin (kalau yang dimaksudkan itu membaca). Sebab, kalau ditanya terang-terang atau berdepan, mungkin kamu kamu tak sampai hati nak menghuraikan sikap buruk teman-teman kamu. Dan dengan cara itu, kamu kamu juga dapat melempiaskan segala yang terbuku di hati kamu. Cara begini aku lihat amat berkesan. Subjek yang kamu maksudkan itu mungkin takkan membaca luahan hati kamu itu, tapi orang lain pula yang akan membacanya.

haha..Secara jujurnya dalam benak aku amat pasti ayat di atas tersebut adalah seperti ditujukan kepada aku yang tak pandai menjaga hati kawan-kawan. Aku terlalu pentingkan diri sendiri! Sorry to you all my friends.

Tak kisah lah apa kamu kamu nak fikirkan tentang betapa buruknya sikap aku, betapa jahatnya aku, betapa hipokritnya aku, betapa aku mementingkan diri sendiri atau apa jua anggapan kamu kamu.


Ok, terima kasih kerana sudi membaca. Tengs..


**p/s: Bob, aku menanti new article(s) from you!


Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: