Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, February 12, 2009

Dari meja aku - the writer/author

Kepada yang belum mengenali pencarut di dalam blog ini, inilah sedikit gambaran wajah aku. Chill~


  1. Diari/Notebook - digunakan untuk mencatat OverTime (OT) yang aku buat setiap hujung minggu. Selain itu, digunakan untuk mencatat entah apa apa semasa mesyuarat.
  2. Lighter - dulunya pemetik api (semasa ada gasnya) tapi berubah fungsi kepada penyuluh (lighter) untuk menguji Fiber Optik samada OK atau KO.
  3. Kunci kereta - kadang-kadang item nombor 3 ni boleh berubah menjadi kunci motor bergantung kepada keadaan cuaca.
  4. Kunci pejabat - kadang-kadang item nombor 4 nih tersisih menyebabkan aku terpaksa tunggu senior aku datang untuk bukak opis.
  5. Matrix Card/Kad Pekerja - macam tak penting pun benda nih.
  6. Report paper - kertas yang mencetak report2 daripada pak Arab yang mengadu tak dapat network.
  7. Penyuntik semangat - item nombor 7 nih paling penting sekali. (Amaran Kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan - tapi jual gak)
  8. Cincin - aku pon tak tao kenapa item ni buleh selit atas meja nih.
  9. Jam tangan - nih pun sama, macam mana buleh ada atas meja. Biasanya item nombor 8 dan 9 nih singgah atas meja bila aku nak masuk bilik termenung - maknanya ketika aku update posting nih aku baru je keluar dari bilik tersebut..hahhahah...
  10. Keyboard/Papan Kekunci - item yang penting sekali seandainya kamu kamu beli set komputer. Kalau takda mouse, takpa, PC buleh running lagi. Tapi kalau takda item nih, baik kamu kamu buang je PC kamu.
Inilah 10 items yang biasanya ada atas meja aku. Tapi kadang-kadang, bukan 10 items nih je, buleh bertambah menjadi 20+ items. Aku pun tak tau kenapa kekadang buleh banyak benda selit atas meja aku nih.

0 ketidak-puasan-hati: