Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, February 26, 2009

al-Fatihah buat saudara Nurazlan

Sebelum kamu kamu membaca lebih lanjut artikel ini, marilah kita sama sama sedekahkan al-Fatihah kepada muslimin, muslimah, mukminin dan mukminah yang telah kembali ke rahmatullah sebelum kita.

Pagi ini ketika sedang syok melayan hindustan, aku didatangi dengan SMS oleh bekas kekasih aku. SMS tersebut mengandungi info mengenai salah seorang sahabat kami iaitu saudara Nurazlan. Dikhabarkan beliau telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit paru-paru berair.

Dengan perasaan terkejut dan hati yang berdebar-debar, aku sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham dengan harapan moga doa aku sampai kepada allahyarham dan allahyarham di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman di sisi ALLAH SWT.

Kepada yang mengenali allahyarham (bekas pelajar MRSM Muar tahun 2002-2003), dan kepada kamu kamu marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham dan saudara Islam kita yang telah kembali kepada ALLAH sebelum kita.

Al-Fatihah

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (al-'Imran, 3:185)



pengkaki:maut itu tidak menunggu kita. Sedang anda membaca posting ini, mungkin Malaikat Izrail sedang memerhati anda. Kembalilah kepada yang Maha Esa, ALLAH SWT. Astaghfirullah, Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Allah hu akbar.

0 ketidak-puasan-hati: