Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Friday, February 13, 2009

Aku dan Blog

Sedar tak sedar, hampir dua tahun aku berkecimpung dalam dunia blog nih. Macam2 aku dah cuba. Dari konsep keduniaan, keagamaan, keilmuan dan sebagainya. Kalau nak diikutkan dalam 2 tahun berblog nih, aku rasa dah hampir 10 jenis layout/background yang aku dah pernah aplikasikan termasuk pelbagai jenis animation, scripting dan sebagainya. Hinggalah pada hari ini aku menjadi muak untuk melakukan aktiviti aktiviti tersebut.

Untuk rekod, aku adalah lulusan Teknologi Maklumat dalam major Pengaturcaraan atau dalam bahasa Uncle Sam ialah Programming. Sehingga artikel ini ditaip, aku sudah lama meninggalkan dunia pengaturcaraan dan kini berjinak jinak (bukan berjimak tao) dalam dunia Rangkaian atau dalam bahasa Uncle Sam ialah Networking.

So, aku menjadi seorang manusia yang amat malas untuk mengaplikasikan pelbagai bentuk aturcara dalam blog ini. Hanya sedikit aplikasi yang kalao kamu kamu dapat perhatikan dalam blog ini seperti Shout box, hit counter dan Feedjit. Itu jer la yang aku rasa perlu untuk aku muatkan dalam blog ini walaupun aku hanya perlu Copy dan Paste coding tersebut.

Untuk menambah aplikasi JavaScript adalah sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan dalam blog ini buat masa ini. Yang penting, kamu kamu baca ajer apa yang aku letakkan dalam blog ini. Ia sekadar warna-warna kehidupan aku yang Hitam, Putih atau kadang-kadang berubah menjadi kelabu (gabungan warna Hitam dan Putih).

Harap kamu kamu akan terus singgah ke blog ini walaupun tiada kaitan dengan kamu kamu.


Chill~

Hafiz

0 ketidak-puasan-hati: