Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, January 10, 2009

What are they THINKING of...??

Petang tadi aku meronda-ronda di Friendster dan terjumpa dengan page seorang awek yang sama-sama berkursus dengan aku tuari. Page beliao tidaklah di'private'kan dan aku berjaya menyelongkar ke dalam album beliao. Dan dengan terpaksa (bukan terpaksa, memang nak tengok pon), aku melihat satu persatu gambar yang di'up' oleh beliao. Dan gambar yang di'up' tersebut mengingatkan aku pada ketidak puasan hati aku (bukan ketidak puasan nafsu yer).

Antara gambar tersebut, aku teringatlah masa kursus tuari di mana kumpulan beliao telah memenangi title sudut paling kreatif (tempat kedua if I'm not mistake).

Cubalah korang bayangkan (bukan ada gambar pon korang nak tengok), sudut kreatif diorang yang berbekalkan ukiran sebuah kapal terbang yang tengah terbang menggunakan Polisterin dengan dibantu oleh ukiran bangunan daripada bahan yang sama yang aku tengok tak rupa bangunan pon boleh menang.

Macamana la encik/puan juri buat penilaian. Bapak ah, tak faham giler aku. Bukannya aku jeles (sikilah jeles) sebab diorang menang pon, tapi aku tak paham kenapa kreativiti macam tuh boleh menang? Team aku punya kreativiti lagi lah kreatif. Siap langsir dengan karpet plak. Dah macam rumah Limas. Boleh tak menang? Tak paham betul!

Kalau team Soyuz tuh aku memang percaya lah sebab memang cun pon. Tahniah lah aku ucapkan kepada yang punya idea dan tahniah juga pada yang membantu menghias sudut kreatif tuh. Memang tak dinafikan, memang cun dan cantik.

Sori ler kepada team yang aku maksudkan (kalau korang baca artikel nih la). Bukan aku marah kat korang pon. Aku cuma tak paham dengan penjurian yang dilakukan oleh mereka-mereka yang bergelar Timbalan/Penolong Pendaftar selaku juri. Apa yang diorang fikirkan? Pandai ke diorang menilai sesuatu kreativiti? Berbanding kumpulan kapal terbang tersebut, aku rasa kumpulan yang buat sudut kreatif diorang mcm hutan siap dengan beruang (teddy bear) lagi layak aku rasa untuk menang.

Entahlah. Kemenangan yang diberikan kepada team kapal terbang tuh macam satu provokasi kepada team aku jer. Bukan nak masuk bakul angkat sendirilah, tapi pada aku, kreativiti team aku adalah lebih menarik berbanding team kapal terbang.

Kepada yang berkenaan (juri), sori lah, aku memang tak faham tentang penilaian anda! *WTH are you all thinking? Whatever it is, perkara dah berlalu dan berlaku. Hadiah hamper pon dah habes masuk dalam perut jadi darah daging. Nak dituntut/dibantah pon dah terlambat.

Tapi kira ok jugalah. Walau tak menang sudut kreatif, team aku jadi Johan persembahan berkumpulan. Terubat juga la. At least, we have something as a memories.


Overall, aku memang tak percaya akan keputusan yang dibuat!

Chow.


*sesuatu yang tak elok kalau anda faham

Hafiz



Ada sikit gambaran untuk team yang menang dan team yang 'kalah'!
Korang tengok la sudut kreatif team kapal terbang yang menang. (Awek tuh bukan stewardess)

Sekali lagi aku nak tegaskan, mereka bukan stewardess, steward mahupun pilot!

Bayangkanlah sendiri. Nih dalam gambar, nampak cantik sket kot. Kalau real world punya, lu pikirlah sendiri.

Dekorasi team yang kalah yang menganga je makan habuk dan telan angin!

*kepada tuan punya gambar, mintak dihalalkan gambar yang di'curi' dari page anda!

0 ketidak-puasan-hati: