Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Thursday, January 8, 2009

Masalah rakyat Malaysia~

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh kita sebenarnya yer? Hidup sebagai makhluk yang busy body dan tiada belas kasihan walau nampak prihatin.

Pagi ni, aku hantar mak aku untuk buat medical check-up kat Hospital Sultanah Aminah. Dan seperti biasa, aku akan melalui jalan Johor Bahru-Ayer Hitam untuk ke hospital tersebut. Dan seperti biasa juga, jalan akan menjadi sesak. Aku fikir ini memanglah waktu kemuncak untuk rakyat Malaysia bertebaran mencari rezeki dan kesesakan ini tidak pula membuatkan aku baran. Tapi, sampai di satu kawasan, kesesakan tersebut telah membuatkan syaitan membisikkan amarah ke telinga aku!

Kenapa agaknya, apabila berlaku sebarang kemalangan akan menyebabkan kesesakan? Walaupun kenderaan atau individu yang terlibat dengan kemalangan tersebut telah beralih ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan lain meneruskan perjalanan.

Inilah sikap manusia yang bergelar rakyat Malaysia! Inilah yang berlaku kepada aku pagi ini dalam perjalanan menghantar mak aku. Aku tak faham, tatkala berlaku sebarang kemalangan kenderaan akan memperlahankan kenderaan. Kalau memperlahankan kenderaan untuk berhenti dan memberi bantuan, kira aku respect la juga. Tapi memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan tersebut. Ada pula yang memperlahankan kenderaan untuk mencatat nombor kenderaan (beli nombor ekor).

Tak faham betul. Memang betullah seperti lawak Nabil (Raja Lawak 2) berkenaan 'tabiat rakyat Malaysia'. Memang kena dan padan.

Kesesakan tersebut boleh dielakkan dan untuk mengelakkan kesesakan, pandulah berhati-hati supaya tidak berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kesesakan.


Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.


Hafiz

2 ketidak-puasan-hati:

akuxbiadab said...

bapak ar...binatang ape siak tu???

AkuSiMisteri said...

itulah yg dipanggil KUDA atau dlm bahasa yahudi mabuknya it's called HORSE..