Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Monday, January 5, 2009

Gua hari ini...~

Assalamualaikum...

Tajuk posting kali nih "Gua hari ini...~"

Yeah, gua nak bercerita perihal gua hari ini. Maksudnya, apa yang gua buat hari ini..
Bukan buat something biggest pon, just something yang dah lama gua tak buat. Setelah sekian lama, hari ini memecah sejarah gua buat pertama kalinya untuk tahun 2009 nih. Gua hari ini dengan nekadnya telah merelakan diri gua untuk dipenatkan dengan melayan kerenah member gua bermain badminton.

Yeah, satu sukan yang dah lama gua tinggalkan. Tapi, hari ni gua gali balek sukan nih dalam hidup gua. Dan apa yang gua dapat adalah sama seperti orang-orang yang tak pernah/dah lama tak bersukan iaitu kesakitan pada otot-otot lengan, pinggang dan yang sewaktu dengannya yang boleh menyebabkan gua rasa teramat lah seksa.

Tapi, bagus gak. Gua pon memang dah lama menunggu saat-saat macam nih untuk mengecilkan/mengkompress (compress) diri gua yang sedia ada membesar bak anak gergasi. Yeah, ini sesuatu yang baik, tapi inilah risikonya iaitu KESAKITAN!

Entah kenapa, setat (start) tahun 2009 nih gua boleh merelakan diri gua untuk berjinak-jinak dengan sukan. Sedangkan memang tiada nawaitu gua untuk berjinak-jinak dalam sukan. Pertamanya, gua telah terjebak dengan aksi sukan extream! Yeah, sukan extream yang gua maksudkan ialah membaling/menggolekkan sebiji batu untuk menjatuhkan 10 batang ala-ala botol atau orang panggil PIN. Kalau lu orang masih tak boleh tangkap apa maksud gua, sukan tersebut adalah BOWLING. Lu orang tau ke apa tuh BOWLING? BOWL tuh bahasa omputih, dalam bahasa melayunya ialah MANGKUK. So, bila ianya BOWLING bermaksud MEMANGKUK.

Sukan MEMANGKUK nih adalah sukan yang paling kasar gua pernah main. Mana taknya, setiap kali gua main menatang nih, kering gua dibuatnya (pokai lorr). Yang bagusnya pulak, gua berjaya baling STRIKE dengan menjatuhkan 10 batang botol tuh berturut-turut sebanyak dua kali. Tu yang buat gua berbangga dengan sukan yang gua ceburi nih. Namun begitu, gua tetap tensen apabila balingan gua/golekan MANGKUK nih masuk ke longkang. Memang puaslah bola tuh kena hamun dengan gua. Kalau bola tuh ada nyawa, gua rasa dah lama dia menginap kt Hospital Tampoi akibat tekanan jiwa kena maki dengan gua.

Anyway, sukan badminton nih plak tak membuatkan gua kering. Sebab, gelanggang badminton telah ditaja oleh member gua selaku kakitangan tempat tersebut. Huh, kalau kena bayar, sumpah gua tak nak main (kalau bayar RM2 tuh buleh handle lagi).

Ok la. Cukuplah dulu. Gua rasa dengan gejala menaip dalam blog ni akan menambah keperitan yang tengah gua tanggung di ketika ini.

Adios semua. Majulah sukan untuk semua. Bukan untuk negara (sebab sukan negara tgh DOWN).


Regards,
hafiz

0 ketidak-puasan-hati: