Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Wednesday, February 10, 2016

jengah jengah 2016

bismillahirrahmanirrahim.

lama dah aku tak jenguk sawang blog ni. labah-labah pon mungkin dah jadi mutan. "spider-man" mungkin.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. yang nyawaku berada dalam tangan-Nya. aku berserah diri atas segala apa yang aku cuba nukilkan. andai aku tersalah, aku mohon keampunan-Nya. dan aku mohon petunjuk untuk aku di atas jalan lurus yang Dia redhai.

aku ini jahil. nampak macam ada ilmu. tapi hakikat dan realitinya, aku masih jahil. sudah hampir tiga tahun, tapi aku masih sama. aku tak buat dan tak menjadi sepertimana aku pernah janjikan dulu. untuk sama-sama menyelongkar nikmat Tuhan sebelum dapat rahmat-Nya; syurga.

dulu aku nampak berilmu. tapi, itu hanyalah firasat orang. bagi diri aku, aku kenal aku macamana. berilmukah aku atau sebaliknya, hanya aku yang tahu. mak dan ayah aku sudah berlepas daripada menanggung dosa-dosa aku apabila aku sendiri sudah bisa faham yang mana baik dan buruk. mak dan ayah sudah berlepas diri daripada menanggung semua salah perilaku aku. cukup! aku sendiri yang harus menanggung semua perbuatan betul dan salah aku. di hadapan Tuhan, aku menanti resah nak dipertanggungjawabkan.

betapa aku ini bodoh. jahil. segala yang buruk itu aku rasakan terperuk di dalam diri aku ketika ini.

dalam hati aku, aku cuma cinta dan sayangkan seorang. selain mak dan ayah, cinta kepada Allah dan Rasul, seorang ini-lah yang aku sangat cintai. walaupun dulu aku pernah menyimpan hati kepada orang lain, yang akhirnya menjadi milik orang lain (padahal tak pernah sekali pon dia letakkan hatinya untuk aku -- baca: syok sendiri). yang seorang ini, yang kini aku sudah miliki, hatinya aku pernah tambat!

aku pernah berjaya meletakkan hati aku di dalam hatinya. dan hatinya masih kekal berada dalam hati aku. walau apa pun yang pernah terjadi, hatinya masih kekal satu di dalam hati.

aku ini jahil. sekali lagi aku tegaskan. tak pandai mengambil hati. tak pandai memujuk. jauh sekali dan menjadi romantik. namun, jauh di sudut hati, aku boleh katakan sayang aku ini jauh lebih hebat jika nak dibandingkan orang lain. mungkin. itu apa yang pernah aku rasa.

kini, aku rasa walau tebal mana sayang aku pada dia, Allah itu Maha Kuasa. dengan kuasa-Nya, dia boleh sahaja membolak balikkan hati manusia. aku ini siapa? hanya hamba-Nya yang kadang terlupa nak bersyukur atas nikmat yang pernah Dia berikan.


(nota: aku tak dapat sambung cerita. jantung aku kencang berdebar. mungkinkah ini petanda sakit jantung tak sudah? maklum saja, aku ini perokok tegar. lain kali aku kongsi lagi. aku banyak nasihat dan ingatan nak dibagi.)